‘Awal Sangat Memahami Sehingga Saya Men4ngis, Scha Alyahya Ber4t Hati Nak Tinggal Anak

Bergelar seorang ibu dan dalam masa sama perlu bekerja bukan satu tanggungjawab yang mudah. Itu juga yang dirasai oleh pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang terp4ksa berjauhan dengan keluarga dalam satu tempoh masa yang lama.

Dah lama tak ‘outstation’ seorang diri

Ketika ditemui OhBulan!, Scha akvi berat hati untuk melepaskan tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada suami tercinta, pengacara dan aktor Awal Ashaari.

Menurut Scha, 39, dia terpaksa meninggalkan Lara Alana, 8, dan Lyla Amina yang baru berusia 11 bulan selama 45 hari demi penggambaran filem Telaga Suriram.

Berat rasa hati.. tidak dinafikan hati saya sangat berat nak tinggalkan anak-anak yang masih kecil. Kadang-kadang terfikir, betul ke apa saya buat ini.

Watak itu dah berat, tambah pula lokasi penggambaran jauh dari KL dan lama. Jarang saya buat benda ini. Bagi saya, ia satu pengorbanan.

Awal sangat memahami

Tambah pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, dia mendapat pelepasan daripada Awal namun jauh di sudut hati tetap men4ngis mengenangkan anak-anak yang masih kecil.

Ujarnya lagi, dia terpaksa menyediakan ‘check list’ bagi memudahkan urusan semasa ketiadaannya biarpun ada pembantu peribadi keluarga iaitu Joy.

Saya dah cakap dekat Awal dan dia sangat memahami sehingga saya men4ngis. Sebab dah lama tak buat, jadi rasa lain. Awal ada juga rasa bimbang nak uruskan anak.

Sebab bab urusan anak nak ke sekolah memang saya yang sediakan. Awal tak tahu sistem sekolah tapi saya beritahu la dia macam mana nak buat.

Scha ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu Telaga Suriram yang bertempat di Restoran Majapahit, Mont Kiara, pada petang Selasa.

Selain Scha, filem tersebut turut dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Nabila Huda.

Sumber: Instagram @schaalyahya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OhBulan!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *