
Menggatikan Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arw4h, pelakon Anzalna Nasir berkata dia sanggup men0lak tawaran menjadi duta tudung jenama lain.
Menurut Anzalna, arw4h Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya namun hasrat berkenaan tidak kesampaian.
“Arw4h Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain.
View this post on Instagram
“Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tol4k, meskipun saya sebenarnya telah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain saya terpaksa menolak tawaran tersebut demi menjadi sebahagian daripada Loveta,” katanya.
Kata Anzalna lagi, dia bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arw4h.
Kata Anzalna lagi, dia turut mengambil masa dan berbincang dengan suaminya, Hanif Zaki sebelum menerima tawaran kerana sedar tanggungjawab besar yang akan digalas.
“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini. Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.
“Arw4h meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.
“Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat. Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: kOSMO
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.