Alhamdulillah Mak Mula Tunjuk Respons Positif – Anita Baharom

PETALING JAYA- Tiada kata dapat diucapkan oleh pelakon Anita Baharom selain rasa syukur dan berterima kasih apabila melihat ibunya yang sebelum ini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri mula menunjukkan respons pos1tif.

Ujar Anita, dia percaya perkembangan pos1tif yang ditunjukkan ibunya, Mirwah Pawanchee adalah berkat daripada doa-doa yang dikirimkan orang ramai yang tidak putvs-putvs selama ini.

“Assalamualaikum. Berkat doa para sahabat syurga semua. Alhamdulillah. Mak saya yang mana minggu lepas tidak sedarkan diri telah menunjukkan respons, ada tindak balas bila saya bercakap dengan mak.

“Bertalu-talu mohon ampun dan maaf pada mak. Saya tanya mak sayang Ita (panggilannya) tak? Mak jawab ‘yang’ (sayang) Terima kasih mak. Kalimah Allah sentiasa sentiasa di bibir mak mengucap dua Kalimah Syahadah,” ujar Anita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)


Kata pelakon berusia 38 tahun itu lagi, dia memohon orang ramai yang mengenali dirinya supaya terus mendoakan kesejahteraan ibunya memandangkan warga emas itu masih mempunyai beberapa lagi komplikasi kesihatan.

“Saya mohon doa semua. Moga Allah SWT permudahkan urusan mak dan diberikan kesembuhan. Amin.

“Mak, kami anak cucu menantu semua sayang mak,” kata Anita yang turut mengucapkan terima kasih dengan memetik beberapa nama kenalan artis antaranya Yatt Hamzah dan Heliza Helmi.

Terdahulu, Anita yang popular menerusi drama Dunia Baru itu memohon doa peminatnya apabila berkongsi keadaan ibunya yang berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital pada minggu lalu ekoran mengalami komplikasi kesihatan. – K! ONLINE

 

Sumber: Kosmo!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *