“Alhamdulillah B4yi Dilet4kkan At4s Pelampung”- Netizen Puji Pengasuh Y4ng Terper4ngkap B4njir

Dua hari lalu, banyak jalan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor ditutup akibat ditenggelami air akibat hujan yang berpanjangan. Bukan sahaja melambatkan proses penghantaran bantuan kepada mereka yang terjejas, malah orang awam juga berdepan kesukaran untuk berpindah atau bergerak ke lokasi lain.

Ramai yang terkandas di tempat kerja serta sebahagian pula berada di rumah. Masing-masing mula terpisah dengan ahli keluarga meskipun lokasi tidak berapa jauh.

Dalam pada itu, seorang lelaki mengalami detik merisaukan apabila dia meninggalkan bayinya di rumah pengasuh atas tuntutan kerja. Gara-gara banjir, lelaki itu begitu risau keadaan anaknya itu.

Video Player

Pengasuh tersebut sanggup menghantar si kecil berkenaan dengan meredah air setinggi paha. Bayi berkenaan telah pun diletakkan di atas sebuah tilam angin dan dibawa perlahan-lahan sebelum diambil oleh ayahnya di tengah hujan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan usaha pengasuh berkenaan untuk menyelamatkan anak asuhannya. Dalam pada itu, ramai memuji tindakannya yang cukup amanah dalam pekerjaan.

“Alhamdulillah pengasuh yang baik..”

“Terharu rasa nk nangis dgr pengasuh mcm ni..bgus dicontohi pegang amanah..”

“Menyedihkan hati. Agar semua kawan kawan disana selamat..”

“Ya Allah..perasaan ibu time tu mcm mana laa..”

“Salute semua yg susah payah jaga bayi ni..”

Namun begitu, di beberapa kawasan banjir lain, ada juga mangsa yang terperangkap tidak dapat diselamatkan selepas dua hari akibat pertolongan tidak dapat masuk ke kawasan itu. Antara mangsa yang terkandas juga adalah bayi yang tidak makan dan kesejukan selama dua hari begitu menyayat hati.

Sumber:Tiktik Ciknana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Dnq

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *