“Saya betul-betul tertekan” Sekali Baby Shima Rujuk Pakar Kaunseling Gara-Gara Ini..

PETALING JAYA – Mengakui mentalnya tidak kuat dan tertekan akibat kec4man netizen yang tidak berkesudahan, penyanyi dangdut sensasi Baby Shima mengakui terpaksa mendapatkan sesi khidmat kaunseling bagi merawat emosinya.

Shima berkata, dia bertindak demikian kerana sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan dan depresi yang dihadapinya sejak kebelakangan ini.

“Saya betul-betul tertekan. Bukan main-main, sehinggakan saya ambil keputusan dapatkan khidmat kaunseling dengan segera,” katanya.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, dia mengakui sedikit lega selepas menjalani rawatan kaunseling bersama kaunselor sukarelawan Rumah Prihatin Kuala Lumpur, Muhamad Nabil Che Musa baru-baru ini.

“Kalau ikutkan hati, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pend3dahan mengenai raw4tan kesihatan m3ntal.

“Namun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling tersebut.

“Jujur saya rasa lega sedikit selepas sesi kaunseling tamat. Selama ini saya hanya pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya, barulah rasa lebih baik dan tenang,” katanya yang perlu menjalani dan mengulangi sesi tersebut secara berkala selepas ini.

Pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu juga mengakui, dahulunya dia seorang yang sabar dan kuat berdepan kec4man apatah lagi hinaan netizen, namun sekarang tidak lagi.

“Sampai ke tahap ini saya akui betul-betul lemah. Saya bukan tak boleh ditegur, saya boleh terima dan tak kisah tapi kalau nak tegur kena tahu adabnya bagaimana.

“Jangan sampai mem4ki h4mun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap mengh1na saya dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, impak tertekan dengan kutukan dan kritikan menggila netizen yang tidak pernah habis, penyanyi itu mended4hkan terpaksa mengambil pil penenang bagi merawat emosinya yang terganggu.

Sejak awal minggu ini, platform media sosial kecoh dengan penularan gambar panas miliknya di sebuah pusat hiburan seakan-akan sedang menc1um pipi seorang lelaki.

Biarpun mengakui itu adalah gambar dirinya, Shima bagaimanapun mengambil pendekatan enggan mend3dahkan siapa lelaki terbabit tanpa mahu memperincikan situasi tersebut kepada umum.

Shima turut mengakui aksi intim berkenaan hanya sebahagian daripada bab4k video muzik (MV) terbaharunya yang berjudul Lalai yang diluncurkan Khamis lalu. – K! ONLINE

 

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *