Akhirnya Ini Berita Yang Ditunggu Tunggu. Rupanya Individu Bakal Ambil Alih Jawatan CEO FINAS.

KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa yang bakal menduduki jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi mengisi kekosongan selepas Ahmad Idham Mohd Nadzri meletakkan jawatan pada pertengahan bulan ini bakal terjawab, tidak lama lagi.

Tidak sampai dua minggu kerusi CEO dikosongkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan FINAS dikatakan sudah menemui pengganti mengisi jawatan ‘kerusi panas’ berkenaan.

Hari ini, berita pelantikan CEO baharu FINAS heboh diperkatakan apabila Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memuat naik ucapan tahniah kepada Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, yang dikatakan bakal menggantikan Ahmad Idham berkuatkuasa 1 November ini.

Dr Md Nasir yang juga bekas Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI adalah bapa kepada tiga pelakon adik beradik, Anzalna Nasir, Afifah Nasir dan Mia Nasir.

Sementara itu, BH Online cuba mendapatkan pengesahan Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berhubung pelantikan ahli akademik berstatus profesor itu.

Zakaria berkongsi, FINAS masih dalam proses akhir dalam pelantikan CEO baharu dan keputusan masih belum muktamad lagi. – Foto Facebook Zakaria Abdul Hamid

Zakaria berkata, dia tidak tahu bagaimana berita berkenaan boleh tular, sedangkan perkara itu masih belum muktamad.

“FINAS masih dalam proses akhir dalam pelantikan CEO baharu. Setakat ini, keputusan masih belum muktamad lagi.

“Oleh itu, pengumuman rasmi belum dapat dibuat. FINAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi sebaik proses pelantikan dimuktamadkan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas sama ada Dr Md Nasir layak memikul jawatan sebagai CEO, Zakaria tidak menafikan, beliau layak melihatkan latar belakang pendidikan dan pengalaman sebagai pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif – Jabatan Seni dan Reka Bentuk, UPSI.

Terdahulu, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham dilantik sebagai CEO FINAS pada Mac 2019. Hampir dua tahun setengah menerajui perbadanan itu, Ahmad Idham mengundurkan diri dan bakal memikul tanggungjawab lebih besar untuk membawa industri kreatif ke persada antarabangsa.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anzalna kongsi tunjuk cara masak sesuatu ini. Tapi ramai pula yang terhibur dengan suara latarnya.

Pelakon jelita bernama Anzalna Nasir ini semestinya memeliki auranya yang tersendiri. Biarpun sudah agak lama tidak muncul di k4ca televisyen, namun figura ini aktif berkongsikan mengenai kehidupan dan keluarganya menerusi sosial media.

Dengan cara ini dapatlah serba sedikit mengvbat kerinduan peminat pada dirinya. Malah baru-baru ini video Anzalna tunjuk cara masak sayur kailan telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak suara latar yang dimasukkan untuk lengkapkan video tersebut memang menghiburkan! Tak sangka kelakar juga anak seni bernama Anzalna Nasir ini. Biarpun video tersebut hanya berdurasi dua minit namun sudah cukup membuktikan ada sisi lawak dalam diri selebriti ini.

Berikut adalah rakaman Anzalna tunjuk cara masak sayur kailan yang dimuat naik olehnya di Instagram beliau:

Video :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Comel je gaya Anzalna Nasir ini memasak ya. Mungkin satu hari nanti boleh ada rancangan masak memasak sendiri, siapa tahukan? Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 350 ribu tontonan dan 30 ribu likes. Rata-rata warganet turut terhibur menyaksikan video Anzalna tunjuk cara masak ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Chef kelakar gelak kita”

“Lawaklah dengar kata-kata dalam video ini”

“Tak tahu nak masak ke nak gelak. Tetiba dah siap”

Sumber : HCL

Hanya sebabkan makanan jenis ini terus ada yang dkwa anak Elfira Loy macam ni. Sekali ini pesanan El pada orang ramai.

Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.

“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater. Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee,” tulisnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok. Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.”Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan,” kata Elfira.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Sumber : gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *