Adam Shahz bengang produksi minta pelakon tak ‘berkokok’, Sekali Ini Respons Adam Shahz..

PELAKON Adam Shahz mengecam tindakan tidak bertanggungjawab sebuah produksi yang meneruskan penggambaran biarpun mengetahui separuh daripada bilangan kru dan pelakon disahkan pos1tif Cov1d-19.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, berkata tindakan produksi tersebut akan memburukkan imej industri seni yang sememangnya sudah dilihat neg4tif.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia mempunyai bukti rakaman audio suara pemilik produksi yang memberi arahan tersebut.

Adam berani bersuara.

“Saya tak mention nama mana-mana produksi tapi apa yang pihak mereka buat itu sangat tidak bertanggungjawab. Kita tak nak disebabkan tindakan mereka itu, industri dipandang bvruk.

“Saya berani bersuara sebab saya ada bukti. Orang yang saya kenal, bagi saya dengar voice note pihak tersebut yang memberi arahan untuk teruskan penggambaran selain membuat ugutan kepada pelakon dan kru terlibat.

Kata mereka, jangan ‘berkokok’ kalau nak cepat habis penggambaran kena teruskan saja.

ADAM SHAHZ

“Kata mereka, jangan ‘berkokok’ kalau nak cepat habis penggambaran kena teruskan saja. Sedangkan sudah hampir separuh daripada bilangan kru termasuk pelakon yang disahkan pos1tif.

“Mereka yang dijangk1ti memang sudah kuarantin tapi yang tak dij4ngkiti, kena teruskan penggambaran juga walaupun mereka itu dikira kont4k r4pat,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana itu memuat naik status mend3dahkan terdapat pelakon dan kru yang pos1tif namun masih meneruskan penggambaran.

Bukan itu sahaja, Adam juga mendakwa semua yang terlibat dalam penggambaran tersebut diminta untuk mengunci mulut berhubung perkara itu.

Adam berharap pihak KKM dan Finas ambil tindakan terhadap produksi itu.

Dalam pada itu, Adam memberitahu dia berasa hairan dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik produksi yang merupakan pasangan suami isteri dikenali sangat lantang di laman sosial.

Menganggap ia melibatkan nyawa orang sekeliling, Adam berharap pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengambil tindakan terhadap produksi itu.

“Saya hairan juga dengan pihak produksi itu. Pemilik produksi itu merupakan pasangan suami isteri yang sememangnya dikenali sangat lantang. Tapi bila jadi macam ini, mereka tak nak bertangungjawab.

“Perkara ini melibatkan nyawa orang lain juga. Sepatutnya mereka kena ambil tindakan apabila ada kru atau pelakon yang disahkan pos1tif. Berhenti penggambaran buat sementara waktu demi keselamatan semua orang.

“Saya harap pihak yang berkuasa seperti Finas atau KKM mengambil tindakan terhadap produksi yang tidak bertangungjawab seperti itu. Tak nak disebabkan produksi itu, kami penggiat seni lain turut terkesan,” ujarnya.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *