“Acik Bukan Kayangan Nak Bela Kau” – Adibah Noor Dapat Gambar ‘Anak Ikan’ Tayang Badan Lepas 2 Kali Tarik Faizal Hussein Ke GV8

Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Adibah Noor kembali mendapat perhatian di media sosial terutama pengguna dalam kalangan lelaki.

Kali ini, kongsi Adibah dia mendapat pula kiriman lelaki (golongan muda) yang menghantar foto tidak berbaju.

“Kelakarlah, macam-macam manusia. Dah ada yang DM (mesej langsung) tayang-tayang badan. Bebudak muda pula tu.

“Sorry dik, akak tak berminat. I may be #singleforever but I am not lonely (read:horny).

“Lagipun, akak bukan acik-acik kayangan yang mampu nak bela kau,” kongsinya di Twitter.

Sementara itu, usik wargamaya, tindakan lelaki yang cuba menggodanya menerusi media sosial itu dirasakan berpunca daripada persembahan Adibah yang membawakan aktor kacak Faizal Hussein dua kali ke pentas GV8.]

“Mereka geram kot Kak Dibah tarik abang Faizal Hussein. Tu yang masing-masing try hard,” komen seorang pengguna.

“Mungkin dorang teruja. Gurauan akak dalam GV nak bawa balik abang Faizal Hussein tu.

Balas Adibah; “Ye tak ye, mungkin juga ya. Tapi agak-agak ar, muda nau yang hantar gambar-gambar tu.”

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *