“Achey tumbang, suara pun tak keluar…”- Isteri Mohon Maaf Bagi Achey, Banyak Kerja Tertangguh

Pelawak terkenal, Achey Bocey atau nama sebenarnya  Mohd Nasir Hamzah, 35 sememangnya dilihat sebagai seorang selebriti yang bekerja keras.

Ada sahaja aktiviti yang dilakukan melihat dari hantarannya di media sosial. Dia juga sememangnya tidak lokek berkongsi tentang kehidupan sehari-harinya di Instagram terutamanya buat para peminat serta peluang untuk mempromosikan perniagaan.

Walau bagaimanapun, muat naik terbaru di Instagramny membuatkan ramai berasa khuatir dengan tahap kesihatan pelawak tersebut yang dimaklumkan oleh isteri dalam keadaan kurang sihat.

Isterinya, Noor Hasanah Yahya atau Anne mewakilkan suaminya untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada kerja yang tertangguh memandangkan Achey tidak berapa sihat dan sedang menerima rawatan.

Dalam perkongsian Anne lagi, pelawak berkenaan mengalami demam tinggi dan badan sak1t-sak1t. Namun, selepas beberapa kali melakukan ujian saringan c0v1d-19, keputusan didapati negatif.

Selepas mendapat rawatan dan menerima suntikan ubat, Achey dilihat beransur pulih namun masih lemah. Isterinya meminta untuk terus berehat buat seketika memandangkan dia terlalu penat bekerja dan kurang berehat sejak kebelakangan ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar Achey terus diberi kesihatan dan kembali pulih seperti biasa.

Mereka juga meminta agar selebriti itu banyakkan berehat memandangkan dia ‘rancak’ menguruskan perniagaan dan aktiviti seni walaupun jarang di kaca televisyen..

Sumber : Instagram Achey Kintangkintung, Anne_ Achey

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.viralmy.me/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *