AC Mizal Membebel Dalam Loghat Negeri Sembilan, “Hahaha Kelakarlah”

Cukup sinonim dengan loghat Negeri Sembilan, AC Mizal antara anak seni yang tidak lokek berbual dalam lenggok bahasa kampung halamannya. Sudahlah berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, AC Mizal juga pandai berlakon dan mengacara.

Malah umum sedia tahu AC Mizal antara yang sering membuat lawak selamba yang mampu menghiburkan peminatnya. Selain dari itu, baru-baru ini satu rakaman AC Mizal bersama Raja Afiq telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan kedua-dua pelakon ini sedang duduk bersantai sambil berbual. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah bila mana AC Mizal mula membebel mengenai loghat percakapan asal usulnya.

Berikut adalah perkongsian rakaman AC Mizal membebel dalam loghat Negeri Sembilan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun fida putri ini:

Perkongsian rakaman telatah lawak AC Mizal ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 82 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Orang nismilan je taw cakap je kasar tu semua bergurau je, tapi dalam hati lembut”

“Iyoo banyak orang nogori dah berjayo tapi lupa asal usul”

“Hahahaha gerak khas patutnya macam garang eh garang? tapi yang ni kelakoo je aku tengok lembik mulut aku asyik gelak”

“Part repeat paper 3 kali tu tak boleh la aku”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *