Abby Abadi Tepis Spekulasi Netizen..- “Jelingan Tu Gurauan Berkasih La..”

Pernah berhadapan dengan konflik rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian, kini mereka dilihat sangat bahagia berkumpul bersama. Kehidupan Abby Abadi, Norman Hakim dan juga Memer Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen.

Sejak aktif di aplikasi TikTok, video yang diokngsikan oleh Abby Abadi mencuri perhatian apabila Abby Abadi seakan menjeling bekas suaminya Norman Hakim bersama isterinya Memey Suhaiza ketika sama-sama sedang bergambar di sebuah studio. Abby turut menjelaskan, tiada apa yang perlu diambil serius dan dengan berseloroh berkata anggaplah sahaja ‘guruan berkasih’.

Disebebkan video itu, ramai mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka bertiga. Namun, Abby menjelaskan bahawa hubungannya dengan Norman sudah lama baik sejak dia mula bercinta dengan Memey lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji hubungan yang terbina antara mereka yang dianggap tidak semua pasangan mampu berbaik selepas berpisah.

“Jelingan maut..tidak apa..barang yg lepas jgn dikenang..semoga bahagia selalu abby..”

“Ya Allah sukanya tgk family ni..semoga bahagia milik kita semua hingga jannah..’

“Memey pun baik juga..nmpk ikhlas syg anak2 tiri, tak berkira suami beri mcm2 pada anak2 dia dgn abby..”

“Sy pun baik denganex suami..kalau jumpa ank suami ex dia join skali..alhamdulillah okay je..”

Terdahulu, keluarga ini juga menjadi tumpuan netizen ketika mereka meraikan hari lahir Norman di sebuah restoran di ibu kota dan kelihatan Norman dan juga suami Abby sedang berpelukan sehingga mengundang sebak dalam kalangan netizen. Abby juga turut berkata kini dia sudah lama move on dengan perkara lalu dan mengatakan yang berlalu biarkan sahaja berlalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: rotikaya.rimbabara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *