
November tahun lalu, nama pelakon Nynna Harizal hangat diperkatakan susulan kontroversi rumah tangganya. Bagaimanapun, Nynaa akhirnya kembali taat kepada suaminya, Mohamed Fahmi Elias.
Nynaa berkata sebelum dan selepas berkahwin keluarga dan rakan mengetahui mereka tidak pernah bermasalah. serta bersyukur hubungannya dengan suami baik seperti dahulu.
“Jujurnya, susah mahu menjelaskan segala-galanya, tetapi Alhamdulillah, kekeruhan dapat dijernihkan. Hubungan saya dan suami baik seperti dahulu.
“Soal hubungan dengan keluarga, tipulah jika saya katakan tiada masalah dengan keluarga, mesti ada. Apa yang saya harapkan semuanya akan kembali jernih,” katanya.
Menurut Nynaa lagi, dia seorang yang sangat mementingkan keluarga, namun selepas berkahwin suami menjadi keutamaannya.
“Namun, saya masih berhubung dengan keluarga. Insiden yang berlaku masih ada kesannya. Saya percaya akhirnya semuanya akan okay. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Keluarga pun lama-lama akan baik dan boleh terima,” katanya.
Berkongsi mengenai insiden berlaku, Nynna berkata selama 24 hari berjauhan dengan suami sudah tentu ada perasaan rindu. Namun dia tidak dibenarkan untuk menghubungi suaminya.
“Ia sangat sukar apabila kami tidak boleh berkomunikasi selama 24 hari. Saya hanya bertemu suami ketika hadir di mahkamah sahaja.
“Seperti yang diketahui, telefon bimbit tiada dengan saya. Saya juga tak boleh akses apa sahaja media sosial. Menghubungi suami juga tidak dibenarkan. Jadi, saya hanya baca komen netizen selepas pulang ke rumah.
“Tidak mengapa, netizen tidak tahu apa yang berlaku, perkara sebenar. Mereka ada pendapat tersendiri, jadi, saya tidak perlu berkecil hati kecaman netizen terhadap saya dan keluarga,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Rotikaya
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.